Sunday, 11 December 2011

Gambar Makam Nabi Muhammad S.A.W Hanyalah Satu Pembohongan

Gambar:1. dikatakan makam Nabi Muhammad(saw).Cuba baca apa yang di tulis dalam gambar ini

Seingat aku pertama kali aku tengok gambar ni di sebuah kedai mamak,masa tu aku nak bayar kat kaunter.Mamak tu gantung kat dinding ,siap dengan frame lagi.So bila aku pergi dekat-dekat rupanya gambar makam Nabi Muhammad(s.a.w)!Terbeliak mata aku,setiap sudut gambar aku perhati dan amati betul-betul,iyelah bukan senang nak tengok makam Nabi Muhammad.
Kalau nak tahu,sebenarnya aku pernah pergi ke Madinah & Makkah.Sempat jugak la aku ziarah ke Madinah selama 3 hari 3 malam. Sebelum & selepas solat aku mesti akan lalu depan makam Nabi.Tapi macam biasa la, aku dan orang lain boleh nampak hanyalah pintu@pagar makam sahaja.Nak intai pun susah,baru nak dekat sedikit askar Arab Saudi yang mengawal pintu tu dah buntangkan mata.Senang cerita gambar kat kedai mamak tu la yang paling jelas (gambar makam Nabi) boleh aku tengok,dan yang paling best mamak tu tak buntangkan mata pun! Hehehe..

Gambar:2 Keratan dari sebuah akhbar

Di jadikan dalam bentuk poster

Satu lagi cerita di kampung aku,ada satu kedai makan yang letak gambar makam ini di satu sudut kedai die.Kedai ni lagi best,bukan sahaja letak gambar makam Nabi, malah gambar bekas tapak kaki,selipar,pedang,serban malah beberapa helai rambut Nabi pun ada.Tapi bab gambar makam Nabi ni  aku pelik sedikit sebab gambar die lain sangat dengan gambar pertama yang aku tengok di kedai mamak tu.
Rupa-rupanya gambar makam yang yang aku tengok kat kedai mamak & kedai makan kat kampung aku tu kedua-duanya TIPU! SATU PEMBOHONGAN BESAR!
Ini BUKTINYA….
Gambar pertama yang dikatankan makam Nabi sebenarnya:

Makam Maulana Rumi,seorang sarjana dunia islam di Konya,Turki



Makam kedua yang dikatakan makam Nabi sebenarnya:

Makam Osman Gazi,Sultan pertama kerajaan empayar ottoman(osman) di Bursa,Turki


Kalau nak difikirkan buat apa la dia orang ni sanggup menipu?Apa yang dia orang dapat?.Hasil dari kajian, sebuah laman web yang mula-mula sekali memaparkan gambar makam tipu diatas( dah tutup dah web dia) memperolehi hampir beribu-ribu dollar amerika dari seluruh dunia.Kebanyakkannya memderma kepada web ini sebagai tanda penghargaan kerana memaparkan gambar makam ini.
Ramai jugak orang kita yang print out gambar ini dan jual kat orang ramai.
Dan yang paling menyedihkan,terlalu banyak web dan blog di Malaysia yang memaparkan gambar ini,malah ada satu blog ini meletakkan kedua-dua gambar ini sekaligus! Dah tentu kedua-dua gambar ini bentuk fizikalnya lain,itu pun ramai yang percaya.Takkanlah Nabi ada dua Makam?.Dan ini yang paling best..kalau korang baca komen-komen pengunjung blog-blog itu,rata-rata mengucap syukur kerana berkesempatan melihat makam tipu itu,dan ada  jugak yang tulis ’sebak dan rasa nak menangis aku lihat makam Nabi kita ni,alhamdulillah’..
Disini Aku sediakan gambar-gambar sebenar Makam Nabi Muhammad (s.a.w)

Satu-satunya kubah yang bewarna hijau di Masjid Nabawi,Madinah(di masjid ini terdapat banyak kubah).Disitulah tapak asal rumah Nabi dan disitu jugalah terletaknya makam Nabi Muhammad (s.a.w).


Pintu makam Nabi yang disaluti emas


Pintu Makam Nabi didalam Masjid Nabawi.Paling dekat umat Islam dengan makam Nabi.Kebanyakkan orang Islam yang datang ke Madinah akan ke sini semata-mata untuk memberi salam kepada Nabi Muhammad(s.a.w).Kalau anda semua perasan jika ada rakan atau saudara kita yang ke tanah suci,akan ada orang yang cakap ‘tolong sampaikan salam pada Nabi’.
Jika anda perasan di pintu emas itu ada 3 lubang.Pintu yang mempunyai satu lubang itulah terletaknya makam Nabi.Pintu kedua yang mempunyai 2 lubang itu terlataknya makam 2 sahabat Nabi & khalifah umat islam iaitu Abu Bakar dan Umar.Sebenarnya ada satu lagi lubang disebelah Pintu Makam Sahabat(sebelah Kanan),dikatakan makam disitu masih kosong,kerana ianya adalah tempat Nabi Allah Isa a.s akan dikebumikan selepas turun ke bumi di akhir zaman nanti.

 

Realitinya walau anda mengintai di lubang itu(seperti gambar di atas) pecayalah,apa yang anda akan nampak hanyalah sedikit cahaya yang malap.Senang cerita tidak akan nampak apa-apa!

Petikan Dari Tukang Karut.com

Cuepacs Bantah Dasar Pemisah Buang Kakitangan Berprestasi Rendah

Jika dinilai dari sudut positif Dasar Pemisah yang terkandung dalam Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ada juga baiknya. Dimana ia akan mewujudkan susasan kerja yang positif, tak ada lagi pekerja yang berkerja sambil lewa, masing-masing akan bekerja bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi masing-masing. Selepas ini tak ada lagi istilah " mengular" atau duduk melepak pada waktu bekerja.
 

Namum dari sudut lain pula, ada juga buruknya dengan Dasar Pemisah ini. Walaupun belum dilaksanakan sebelum ini sudah ada istilah 'kipas bos' atau 'kaki bodek'. Jika dasar ini disalahgunakan oleh kakitangan, maka dasar ini tidak akan mencapai objektif. Dan juga memungkian wujudnya susasana negatif dan rasa tidak puas hati dikalangan kakitangan didalam sesebuah jabatan.

Bagaimana pula jika hal peribadi dibawa masuk dalam urusan kerja. Jika ada pegawai yang tidak puas hati atau adalah maslah dengan pegawai atasan, ada jaminankah untuk golongan ini mendapat pembelaan? Mungkinkah akan wujud satu penganiayaan terhadap kakitangan yang tidak pandai "kipas"?



KUALA LUMPUR, 8 Dis – Cuepacs membantah pelaksanaan dasar pemisah yang membolehkan kakitangan awam yang berprestasi rendah disarakan atas alasan ia boleh membuka laluan kepada elemen penganiayaan meskipun adanya jaminan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata, setakat ini badan induk kesatuan sekerja awam itu tidak bersetuju dengan dasar baru yang diperkenalkan selaras dengan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Bagaimanapun kata beliau, Cuepacs akan membuat pendirian rasmi mengenai dasar itu pada mesyuarat majlis kongres am 14 Disember ini.

“Setakat ini kami memang tidak bersetuju. Pendirian rasmi akan dibuat oleh mesyuarat majlis kongres minggu depan,” kata beliau kepada The Malaysian Insider hari ini.

Azih berkata pihaknya khuatir komponen dan kriteria yang digunakan untuk menilai seseorang kakitangan akan digunakan untuk membuang atau menukar seseorang penjawat.

“Cuepacs juga merasakan markah 70, 69 dan ke bawah sebagai satu paras yang terlalu tinggi untuk melaksanakan dasar pemisah ini, untuk menghentikan seseorang kakitangan awam,” kata beliau dengan membuat perbandingan dengan ukuran dalam peperiksaan sekolah.

“Dalam peperiksaan SPM pun, 70 peratus bermakna lulus B, tetapi di perkhidmatan awam, dengan dasar pemisah ini akan membawa kepada tindakan menghentikan seseorang pekerja.

“Itu sebab kami merasakan paras markah ini terlalu tinggi selain kemungkinan boleh wujud elemen penganiayaan,” kata beliau lagi.

Terdahulu dalam satu penjelasan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata, pelaksanaan dasar itu tidak wajar menjadi satu isu kerana bilangan kakitangan yang tergolong dalam kumpulan mereka berprestasi rendah sangat kecil.

Tambah beliau, rekod JPA menunjukkan bilangan mereka yang memperoleh markah 69 peratus dan ke bawah, kumpulan yang terdedah kepada tindakan disarakan di bawah sistem SBPA, yang akan dilaksanakan mulai 1 Januari ini, hanyalah 1.1 peratus.

Paras itu bersamaan dengan sekitar 15,400 orang daripada keseluruhan 1.4 juta kakitangan awam buat masa sekarang.

“Jadi, ini tidak sepatutnya menjadi isu besar ditambah pula dengan jaminan JPA akan menyiasat terlebih dahulu sebelum diambil tindakan supaya dapat dielakkan penganiayaan,” kata beliau kepada The Malaysian Insider hari ini.

Abu Bakar berkata, berhubung dengan isu penjawat berprestasi rendah iaitu markah prestasi di bawah 70 akan dibersarakan, semakan JPA ke atas sampel laporan prestasi bagi tahun 2010 melibatkan 131,196 orang penjawat awam atau 10 peratus, seramai 39 peratus memperoleh 90 markah dan ke atas, dan ia disusuli dengan 55.6 peratus mengumpulkan 80 hingga 89 markah dan 4.3 peratus lagi antara 70 hingga 79 markah.

“Mereka yang prestasi di bawah 70 iaitu 69 ke bawah hanyalah 1.1 peratus,” katanya lagi yang semalam menyifatkan angka kakitangan awam berada dalam kategori itu sangat minimal.

Ketika ditemui pada majlis pelancaran pekeliling SBPA bagi kakitangan perkhidmatan umum, guru, polis dan Angkatan Tentera Malaysia semalam, Abu Bakar berkata, penjawat kerajaan yang tidak memperlihatkan prestasi baik akan dinilai mulai Januari depan, susulan pelaksanaan sistem SBPA dan akan dihentikan kerja jika terus gagal memperbaiki kedudukan mereka selepas proses penilaian.

Abu Bakar menjelaskan penilaian akan dibuat ke atas kakitangan awam yang memperoleh 69 markah dan ke bawah.

“Kita akan menilai mulai tahun depan. Mereka akan dinilai oleh panel dan akan diberi peluang untuk memperbaiki prestasi masing-masing, dan jika masih tidak berubah, mereka akan dibuang kerja,” kata beliau.

SBPA akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Abu Bakar berkata, mereka bukan dihentikan secara automatik jika gagal mempamerakan prestasi tidak memuaskan, sebaliknya akan diberi peluang bagi memperbaiki keadaan.

“Tetapi akan dinilai oleh panel, selama enam bulan, mungkin ada sebab mengapa seseorang kakitangan awam tidak berkhidmat dengan baik. Kita semua manusiakan,” katanya.

Azih menambah, pihaknya seebnarnya telah berharap kerajaan dan JPA sewajarnya telah mengadakan perbincangan dengan Cuepacs sebelum memperkenalkan dasar baru ini.

“Sepatutnya JPA telah berbincang dengan Cuepacs sebelum melaksanakan,” kata Azih.

Monday, 5 December 2011

Tuntutan Kebebasan Seksual - Petanda Bala Allah Semakin Hampir

Apa sudah jadi dengan Malaysia. Dikala negara sedang bergelut memantapkan ekonomi di tambah pula dengan  persekitaran politik yang semakin mencabar. Kini perlu berhadapan dengan tuntutan melampau oleh pihak yang menegakan pengamalan seks songsang di negara kita bagi menghalalkan hubungan sesama sejenis ini.

Negara yang mengaku agama rasminya Islam dan diperintah oleh orang Islam hampir kaku untuk mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas orang-orang yang terus lantang membela golongan ini.

Golongan-golongan songsang dan menyesatkan ini memang tidak mengambil pelajaran dari sejarah silam bagaimana Allah S.W.T telah menurunkan bala dan siksa yang amat pedih terhadap golongan homoseksual, gay, lesbian seperti mana yang telah diturunkan oleh Allah kepada kota Nabi Luth, Soddom, Gommorah termasuk juga Kota Pompei dan Herculaneum.

Terdapat Firman Allah yang menyatakan :

" Tidak ada siksaan atas mereka melainkan satu teriakan saja, maka tiba-tiba mereka semuanya mati."   ( Surah Yassin. 29) 










Bukti bala Allah ke atas golongan homoseksual ke atas kota Pompei dan Herculaneum di Naples, Italy pada tahun 79 Masihi : Lava letusan gunung berapi Vesuvius telah memusnahkan kota tersebut dan menimbus golongan ini sehingga mereka keras menjadi batu.

Firman Allah S.W.T dalam Surah Al- A'raf 81-84

Sesungguhnya kamu mendatangi kaum lelaki untuk melepaskan nafsumu ( kepada mereka ), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas. Jawab kaumnya tidak lain hanya mengatakan :  " Usirlah mereka ( Luth dan pengikut-pengikutnya ) dari kotamu ini ; sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura mensucikan diri." Kemudian kami selamatkan dia dan pengikut-pengikutnya kecuali isterinya; dia termasuk orang-orang yang tertinggal ( dibinasakan ). Dan kami turunkan kepada mereka hujan ( batu ); maka perhatikanlah kesudahan orang-orang yang berdosa itu. 

Sabda Rasullullah s.a.w

"Sesiapa yang menemui seseorang melakukan perbuatan Kaum Nabi Lut a.s (liwat), bunuhlah peliwat dan mangsa liwat yang rela"- Hadis sahih riwayat Ahmad, al- Tarmizi, Abu Daud dan Ibn Majah.

Pengamal dan penyokong amalan songsang luar tabie ini terus berjuang menghalalkan seks songsang mereka tanpa segan silu kerana iblis dan syaitan telah berjaya menyesatkan mereka, malah mereka merasa sudah terlalu kuat untuk menggugat institusi pemerintahan dan agama  yang selama ini telah menjadi penghalang besar kepada kehendak mereka. Golongan songsang ini juga mendapat semangat apabila ada segelintir pemimpin Islam yang secara terang-terangan menyokong tuntutan mereka asalkan golongan songsang ini memberikan sokongan dan undi politik kepadanya.


Jelas sekali tindakan NGO's dan individu antaranya Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia  (SUARAM) menganjur dan mempromosikan kebebasan seksual bagi golongan LGBT merupakan agenda dajjal menghancurkan umat dan negara Islam!


Program Seksualiti Merdeka 2011 yang dirancang pada 1-13 November 2011 di Galeri Annexe , Pasar Seni Kuala Lumpur  bertema " Queer Without Fear " juga merupakan tindakan biadap dan tidak takut kepada dosa yang dilakukan oleh golongan sesat yang sengaja mencabar umat beragama. Dikhabarkan sudah empat tahun berturut-turut  sejak tahun 2008 program ini bebas dianjurkan! Tindakan pantas polis membatalkan program ini amat tepat tetapi adakah puak seks songsang ini mematuhi larangan tersebut?



Kebebasan gaya hidup songsang yang dibanggakan akan mendedahkan masyarakat kepada pelbagai penyakit sosial. Program berbentuk kemungkaran kononnya berselindung disebalik NGO's yang memperjuangkan hak asasi manusia  dan kebebasan sivil ini wajar ditentang secara fisabilillah habis-habisan. Kebebasan bukanlah tiket untuk manusia terus bebas melakukan apa sahaja sehingga bertentangan dengan fitrah dan agama.


Penyokong puak seks songsang ini bukan tidak mengerti akan undang-undang di negara ini, tetapi dek kerana nafsu liar, tanpa iman dan rasa malu, nikmat seks lubang dubur ini tetap menjadi kegilaaan. Binatang yang tiada syariat pun tahu memilih mana jantan dan mana betina.


Tidak dinafikan hanya puak songsang yang sanggup bermati-matian menyokong puak songsang kerana hanya mereka sahaja yang faham naluri seks songsang kaum mereka. Politik digunakan semaksima mungkin untuk dijadikan alat melempias gejolak mereka. Isu kebebasan seksual turut dipergunakan sebagai salah satu alat musuh-musuh Islam menggerakan perubahan menyeluruh  ( total change ) bagi menghapuskan teras ummah selama ini.



Janganlah sampai kemurkaan Allah terhadap perbuatan mungkar puak ini menyebabkan Malaysia ditimpa pelbagai bala akibat ummahnya sengaja membiarkan maksiat terus berleluasa. Lihatlah apa yang terjadi kepada Bangkok dan sekitanya, bandaraya yang penuh aktiviti kemaksiatan kini telah dilanda banjir besar dan yang terburuk di Thailand. Tidak lama lagi, Malaysia juga dijangka akan menghadapi banjir besar, kita tak tahu bagaimana rupanya banjir itu nanti. Ingatlah peringatan Allah S.W.T;


" Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang Kami binasakan dengan letusan suara yang menggemparkan bumi; dan ada yang yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada yang Kami tenggelamkan di Laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri" Surah Al- Ankabut ayat 40.

Surah Ar- Rum ayat 41 pula bermaksud " Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia; Allah mengkehendaki supaya manusia merasakan sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka,supaya mereka kembali (ke jalan yang benar).


Adakah ummah tidak rasa bersalah , malu dan berdosa akibat onar yang telah dilakukan oleh puak songsang ini. Ingatlah, bala Allah menimpa manusia tidak kira siapa. Adakah kita boleh menjamin jika kita mati nanti kita boleh terus ke syurga atas alasan kita ini orang baik-baik dan sering beramal. Tetapi kita lupa ketika kita masih hidup kita sengaja membiarkan kemaksiatan berleluasa di sekeliling kita kerana berpendapat itu adalah tanggungjawab dan salah dasar pemerintah selama ini.


"Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka cegahlah dengan tanganmu, jika kamu tidak mampu maka cegahlah dengan lisanmu dan jika kamu tidak mampu juga maka cegahlah dengan hati. Dan itulah selemah-lemahnya iman." ( Hadis Riwat Imam Muslim r.a)

Tiada maknanya jika kita begitu lantang dan garang menentang persembahan artis Gay Adam Lambert dan Elton John di Malaysia sebelum ini tetapi BACUL membiarkan anasir-anasir penyokong gejala seks songsang ini berleluasa di dalam masyarakat kita. Ayuh teruskan berjihad menentang kemungkaran......Allahuakbar...

Tuesday, 29 November 2011

Korban Pertama Krisis Ekonomi Eropah


Krisis ekonomi yang melanda Greece nampaknya tidak pernah berakhir. Bahkan telah memberi kesan terhadap  negara-negara di zon Euro. Kini, Kesatuan Eropah sedang mencari jalan untuk mengatasi masalah tersebut.

Bantuan pakej penyelamatan ekonomi yang disediakan oleh Tabung Kewangan  Antarabangsa (IMF) bagi Greece hingga kini belum berjaya memulihkan ekonomi negara yang pernah melahirkan para ahli falsafah besar dunia itu.

Pada 26 Oktober lalu, zon euro kembali mengguna pakai pakej penyelamatan ekonomi gelombang kedua bagi Greece. Berdasarkan kesepakatan ketua negara zon euro, syarat pemberian bantuan bernilai 128 bilion euro itu adalah penerapan polisi bagi memulihkan ekonomi oleh kerajaan Greece.

Kesannya, kerajaan Greece harus mengurangkan gaji dan pegawai di sektor perkhidmatan. Di dalam negeri Greece sendiri, kemerosotan ekonomi negara itu mencetuskan gelombang desakan untuk George Papandreou meletakan jawatan selaku Perdana Menteri Greece.  

Dilaporkan Perdana Menteri Greece George Papandreou baru-baru ini bersetuju mengundurkan dirinya dan bersedia membentuk kerajaan campuran dengan pemimpin pembangkang Antonis Samaras.

Perjanjian itu muncul setelah Presiden Greece Karolos Papoulias mengadakan rundingan krisis dengan para pemimpin dari dua parti terbesar Greece, Papandreou dari Gerakan Sosialis Panhellenik (PASOK) dan Samaras dari parti Demokrasi Baru.

Di kala keadaan politik dan ekonomi Greece yang makin kelam kabut, cadangan referendum mengenai pakej penyelamat ekonomi zon euro yang dicadangkan Papandreou telah memburukkan lagi keadaan ekonomi greece dan memberi tempias terhadap ekonomi  Eropah dan Amerika Syarikat sendiri. 

Nampaknya pesimisme pemulihan keadaan ekonomi Greece dan negara anggota zon euro lain semakin memburuk. Canselor Jerman meramalkan kemungkinan berlakunya krisis euro hingga 10 tahun akan datang.

Mesyuarat tahunan para pemimpin G-20 negara industri dunia yang diadakan di bandar Cannes,Perancis menegaskan sokongan terhadap penyelesaian hutang negara negara anggota Kesatuan Eropah dengan memanfaatkan bantuan kewangan yang dihulurkan oleh pihak IMF.

Sementara itu, penduduk Greece sendiri menolak tekanan Zon Euro terhadap ekonomi negara. Polisi penjimatan ekonomi ini hanya akan mencetuskan protes berterusan di negara itu.

Nampaknya, jika tidak dilakukan penyelamatan ekonomi yang sistemik, Greece tidak lama lagi akan menjadi mangsa pertama babak baru krisis ekonomi di kawasan Eropah. 

Bantuan pakej penyelamatan ekonomi yang dilakukan Kesatuan Eropah tidak meberi apa-apa makna untuk memulihkan ekonomi Greece yang kini sedang terhuyung-hayang dihimpit krisis yang semakin merumitkan.

Kini keadaan krisis ekonomi di eropah telah merebak ke Itali dan Sepanyol. Pihak IMF  sedang menyediakan Pekej Penyelamatan Ekonomi bagi menyelamatkan keadaan ekonomi di negara tersebut atau  ia mungkin akan menjadi mangsa kedua dan ketiga babak baru krisis ekonomi di eropah.

Sunday, 27 November 2011

Malaysia Tewas 2-3 kepada Bahrain

Pasukan negara gagal mendapatkan 3 mata penuh apabila tewas 2-3 kepada pasukan Bahrain pada perlawanan ketiga pusingan kelayakan Olimpik di Stadium Bukit Jalil malam tadi. Jaringan Mohd Nazmi Faiz di separuh masa pertama dan Mahali Jasuli di separuh masa kedua gagal di pertahankan apabila pemain di barisan pertahanan negara dibolosi 3 gol ketika pasukan Bahrain hanya bermain dengan sepuluh orang di pertengahan separuh masa kedua.

Pasukan negara yang bermula baik di separuh masa pertama telah berjaya menghasilkan banyak gerakan yang dikemudi oleh Mohd Nazmi Faiz, telah memberi tentangan yang hebat memaksa pemain pertahanan Bahrain mengekang setiap asakan yang dilakukan oleh pasukan negara.

Jaringan cantik Nazmi melalui tendangan diluar kawasan kotak penalti telah menggamatkan stadium Bukit Jalil yang dihadiri hampir 30 000 penonton. Pasukan negara terus melancarkan serangan namun barisan hadapan  negara yang telah meletakan Thamil Arasu di bahagian serangan gagal menghadirkan sebarang gol.

Pasukan Bahrain terus menggerakan jentera tengah mereka untuk menyerang skuad negara di separuh masa kedua, gerakan serangan awal pasukan Bahrain berjaya dipatahkan oleh penjaga gol negara Khairul Fahmi. Rempuhan keras salah seorang pemain Bahrain telah menyebabkan beliau dilayangkan kad merah oleh pengadil.

Kelebihan dilihat lebih memihak kepada pasukan negara  apabila satu gerakan yang dilakukan oleh Mahali Jasuli telah menyebabkan keadaan kelam kabut di hadapan gawang Bahrain. Mahali pantas mengambil peluang dengan melambungkan bola kedalam gawang gol Bahrain untuk menjadikan pasukan Negara mendahului 2-0.

Pasukan Bahrain yang tidak berputus asa terus melancarkan serangan dan hasilnya satu sepakan gunting oleh penyerang pasukan Bahrain telah berjaya menewaskan penjaga gol negara apabila pemain pertahanan negara bergelut untuk mengeluarkan bola di kawasan penalti Malaysia.

Bahrain terus mengasak dan telah di hadiahkan sepakan percuma berhampiran kawasan penalti. Satu sepakan lencong yang kencang sekali lagi telah menewaskan KFC menyebabkan pasukan negara terus tertekan biarpun bermain dengan kelebihan seorang pemain.

Dikala pemain negara belum sempat memperkemaskan benteng pertahanan, satu serangan kilat oleh pasukan Bahrain telah berjaya menghasilkan gol selang seminit dari gol penyamaan tersebut. Pemain negara terpaksa menelan kepahitan untuk mendapat kemenangan pertama sekaligus menggagalkan harapan menyumbang mata bagi bersaing dalam peringkat kumpulan ke sukan Olimpik.

Diharap pemain negara dapat mengambil iktibar dari kekalahan ini dan terus berjuang serta mengutip segala pengalaman yang berharga ini untuk terus bersaing di peringkat antarabangsa. Para peminat bola sepak negara diharap terus memberikan sokongan pada skuad negara di 3 baki perlawanan akan datang. Tahniah diucapkan kepada mereka yang terus menyokong pasukan bola sepak negara.

Saturday, 26 November 2011

Letupan Gas di Maju Junction

Satu Letupas gas telah menggegarkan bangunan di Maju Junction yang telah mengakibatkan beberapa buah kedai rosak teruk. Kejadian yang berlaku sekitar jam 11.30 malam itu berpunca dari letupan gas di sebuah Cafe Noodle Station menyebabkan bahagian dapur cafe berkenaan musnah dan merosakkan beberapa buah kedai berhampiran. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Pihak bomba dan penyelamat Chow Kit telah tiba ke tempat kejadian setelah menerima laporan tersebut berjaya memadamkan kebakaran di bahagian dapur Noodle Station Cafe.

Kejadian Letupan Gas seperti ini merupakan kali kedua telah belaku di Ibu Negara selepas Empire Gallery Subang yang telah mengakibat 4 orang cedera ringan seperti yang telah dilaporkan oleh beberapa akhbar tempatan.

Pihak pengurusan Maju Junction akan mengeluarkan kenyataan lanjut akan kejadian ini .

Mengapa Yahudi Bijak

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Catatan kajian daripada Thesis Dr. Stephen Carr Leon mengungkaikan misteri tentang bangsa terpilih ini. Kita selidiki sama-sama, dan tidak menjadi salah untuk kita praktikkan di dalam kehidupan kita.

Kenapakah Yahudi Bijak ?? Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, kejuruteraan, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya. Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir, apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni.

Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adab resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain. Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang si ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, si ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku matematik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang matematik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau.

Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga dia menjadi genius apabila dewasa kelak”  Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada matematik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan matematik sehingga beliau melahirkan anak. Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan.

Menurut beliau ini adalah adat orang orang Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yang sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu.

Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada gen, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang gen dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah .. tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri daripada kaum Yahudi.


Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara. Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan kejuruteraan, idea itu akan dibawa ke institut tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut di bidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ? perniagaan di dunia! Siapakah yang mencipta design Levis yang terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yang pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yang bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yang perniagaan mereka menurut landasan yang betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell Computer, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika si ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yang mudah tetapi konsisten disamping mendengar muzik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berhasiat yang baik untuk otak, menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yang memerlukan konsentrasi yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yang moron dan sudah tentu gen bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapura pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapura dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapura hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi kurang bijak? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! Dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapamereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Di tangga berapakah kedudukan mereka dipertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Firaun hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yang telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis karangan sepanjang 5 muka surat penuh. Karangannya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato! Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Semoga bermanfaat.