Monday 19 December 2011

Malaysia Vs Centrel Coast Mariners

Skuad Harimau Muda sekali lagi telah berjaya melakar kejayaan yang cemerlang di Australia pagi tadi apabila berjaya menewaskan Centrel Coast Mariners dengan kemenangan 4-1. Skuad negara telah bertemu buat kali kedua dengan pasukan ini setelah pertemuan dengan Newcastle Jets  dibatalkan kerana pihak Newcastle Jets ingin menunda perlawanan pada 20hb. Jaringan pasukan Malaysia telah dihasilkan oleh Mohd Fakri, Thamil Arasu dan 2 jaringan lagi disumbangkan oleh Hazwan Bakri. Kemenangan ini sekaligus telah berjaya menebus kekalahan pada perlawanan persahabatan pertama yang lalu. Skuad negara yang telah mengharungi 3 dijangka pulang ke tanah air pada esok pagi. Tahniah buat Skuad Negara dan Ong Kim Swee......

Friday 16 December 2011

Super Proxy 2

Minda sebilangan rakyat Malaysia telah dikawal rapi oleh proksi The Hidden Hand (THH).itu adalh kenyataan, walau ia cuba dinafikan sekeras-kerasnya. Proksi ini ialah seorang tokoh politik yang berjaya dalam mengawal minda para pengikutnya walaupun tidak majoriti, ia berjaya menutup segala potensi yang boleh membawa pemikiran semua pengikutnya dari titik wajar kepada tidak wajar.



Dalam lain perkataan ialah berjaya mengawal suasana untuk menghalang tersebarnya “kebenaran” sambil memperteguh maklumat memiripi “dusta” bermuslihat. Ia sengaja diatur rapi supaya dapat menjadi aset yang menguntungkan.  Mencatur keadaan supaya sentiasa memihak kepadanya.

Mind Game adalah kepakarannya (bakat semula jadi?) sehingga membuatkan seluruh proksi lain menjadi takjub melihat kebolehannya mengemudi minda para pengikutnya yang semakin hilang kewarasan terhadap sebarang pertimbangan yang tidak menyebelahinya.

Satu sisi yang perlu dilihat ialah, ejen-ejen Zionis cukup ramai bergerak di seluruh pelosok dunia termasuk di Malaysia. Ejen-ejen itu masuk sebagai pelancong, pelajar asing dan pekerja profesional yang bekerja di syarikat-syarikat multinasional dan konglomerat.

Ejen-ejen itu tugasnya merisik setiap sudut kelemahan dalam politik negara selain merisik rahsia-rahsia peribadi proksi-proksi mereka dalam kancah politik negara. Apabila rahsia-rahsia peribadi proksi mereka diperoleh, maka modus operandi seterusnya ialah melakukan ugutan (blackmail) terhadap proksi berkenaan supaya patuh. Mengelakkan rahsia tersebut disebarkan sehingga mampu menjahanamkan karier politiknya.

Wang atau Dana adalah sesuatu yang penting untuk menguasai para proksi terutama pemimpin parti politik. Ia sejajar dengan peranan kumpulan pelobi Yahudi dalam kancah politik di United State of America. Halacaranya tentu sekali berbeza antara sebuah negara dengan yang lain bergantung kepada situasi semasa.

Kita boleh lihat dari sudud sejarah moden negara ini. Perancangan menjahanamkan ekonomi dunia pada 1997 telah dilaksanakan oleh satu perancangan jahat zionis antarabangsa. Soros di ketengahkan sebagai dalangnya. Negara Asia Tenggara mengalami kegawatan ekonomi yang teruk. termasuk negara ini. Proksi dihimpit ugutan supaya menerima IMF sebagai pemiutang dalam usaha menangani kegawatan tersebut dan memulihkan ekonomi negara yang terjejas.



 Ugutan amat penting sebagai pendesak. Pra-keputusan untuk mencadangkan negara segera meminjam wang daripada IMF diusulkan oleh sang proksi itu tadi setelah dihimpit pelbagai ugutan yang berkisar rahsia-rahsia peribadi sang proksi itu.


Proksi pula tidak lebih daripada hanya proksi. Proksi itu boleh dilumatkan Zionis pada bila-bila masa apabila mereka mahu dan proksi itu tidak mempunyai sebarang harga di sisi Zionis. Namun, proksi itu amat memerlukan Zionis untuk survival politiknya. Dalam kes proksi Melayu ini, wujud pergantungan yang tinggi terhadap jaminan Zionis ke atas dirinya.

Tidak hairan apabila proksi itu tidak putus-putus meminta bantuan sokongan dari luar untuk menjamin survival politiknya di negara ini meskipun sudah pernah mengalami kejatuhan kredibiliti. Pergantungannya terhadap Zionis tidak akan berkesudahan. Pertolongan yang diberi tentulah diikat dengan pelbagai syarat yang akan memihak kepada kehendak Zionis.

Untuk kelangsungan survival politiknya dan juga dana dari pelobi Zionis, proksi terpaksa mengenepikan prinsip perjuangan peribadi baik memertabatkan agama atau pun bangsa. Demi mendapat sokongan berterusan dari Zionis, proksi perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan walau terpaksa mengorbankan agama dan bangsa.

Selain dari sokongan politik dan diplomatik, mereka juga mendapat bekalan kewangan yang lumayan dari "tuan mereka".

Kaedah yang sama juga  telah digunakan terhadap proksi mereka di beberapa negara Arab termasuk Mesir, Libya dan Syria.
Proksi di Libya

Namun, SUPER PROKSI di Malaysia ini amat bijak. Dia bijak dalam memahami pola pemikiran orang Melayu di negara ini. Dia tahu bahawa orang Melayu amat suka bergantung harap, dan sebilangan orang Melayu pula begitu manja dalam isu kebajikan, sebilangan lagi amat sayang kepada agama mereka. Maka, proksi ini bertindak bermain pelbagai persepsi yang boleh diserap masuk ke dalam minda orang Melayu.

Dia mampu menggunakan corak pakaian yang berlainan dalam suasana yang berlainan tanpa sebarang kejanggalan. Sehingga kini usaha belau telah memberikan banyak kelebihan kepadanya atas keupayaannya menambat kepercayaan penajanya (Zionis). Dalam masa yang sama mampu mengorkestrakan irama simfonis agar segala rahsia buruk yang boleh merosakkan imejnya tidak berjaya diketengahkan. Mampu pula memutar isu (twist) bahawa semua itu tohmahan atau fitnah musuh yang amat membenci, iri hati dan dendam terhadap dirinya.

Tidak dinafikan, proksi ini sangat berjaya dalam konteks menjunjung cita-cita Zionis kerana keakrabannya dengan nama-nama orang asing yang hebat serta mempunyai pertalian dengan Zionis. Sangat berjaya pula dalam menyemai sikap taksub sebilangan Melayu terhadap dirinya walaupun hanya minoriti dalam konteks demokrasi. 



Zionis pula cukup yakin proksi Melayu ini mampu menjalankan Majority Wipe Out di negara ini dengan hanya menggerakkan kumpulan minoriti. Zionis cukup yakin proksi ini akan mampu melaksanakan cita-cita NED seperti yang berlaku di Asia Barat untuk mewujudkan huru-hara politik akibat ‘kebangkitan’ puak minoriti.

Walaupun dihimpit pelbagai isu yang membelenggu kredibiliti kepimpinannya, proksi ini masih bergaya dijulang para pengikut yang percaya dan menyanjungnya. Tahap kewarasan para pengikut yang taksub ini telah diterbalikkan sehingga gagal menilai setiap maklumat pelbagai yang ditampilkan kepada mereka.

Para pengikutnya terpesona dalam perangkap samar sehingga menutup kewarasan fikiran. Menjadikan mereka sebagai manusia “biul”, gagal dalam membuat pertimbangan terhadap setiap kewarasan yang dijengahkan ke minda mereka.



Proksi itu telah berjaya menghalang para pengikutnya daripada berfikir mengenai setiap pertimbangan terhadap isu yang datang, dihalang melalui sekian banyak taktik mind game yang memesongkan tingkat kewarasan. Sememangnya dia adalah proksi terbaik di sisi Zionis, jauh lebih baik daripada proksi di Thailand, Mesir, Indonesia dan beberapa negara lain yang telah dilumatkan kredibiliti politik mereka. Proksi Melayu ini masih dapat bertahan ketika mana proksi-proksi lain telah dilupuskan tanpa belas kasihan.

Ingat! Misi NED dalam mewujudkan huru-hara di beberapa buah negara di dunia adalah satu usaha yang serius. Dunia yang aman, tenteram dan makmur merupakan halangan utama bagi Zionis untuk meneruskan agendanya. Dunia mesti tunduk patuh terhadap apa jua yang mereka ketengahkan tanpa bantahan. Mereka menganjurkan huru-hara, kemudian menawarkan solusi. Penjajahan bentuk baru. Sama seperti kes kegawatan ekonomi sekitar 70an.

Ia adalah satu usaha untuk menjulang ‘demokrasi baru’ melalui ‘politik baru’ dalam ‘dunia baru’. Malaysia juga sedang menuju ke arah kehancuran itu kerana proksi itu mempunyai perancangan yang lebih dahsyat pada masa akan datang.

Penyokongnya telah berjaya dibutakan, dipekakkan dan kini hanya mengiayakan apa sahaja yang dituturkannya. Sememangnya ia seorang proksi yang terbaik pernah dihasilkan.

-CRUDGEL-

Thursday 15 December 2011

Super Proxy



Sebahagian dari pembongkaran rahsia penting permainan THH terhadap negara ini akan diterbitkan secara berperingkat untuk memudahkan para pembaca memahami secara mendalam bagaimana ia diputarkan ke dalam alam pemikiran rakyat negara ini terutamanya bangsa Melayu. Hasil dari beberapa sumber sahih dan yang paling penting ialah kerja kuat beberapa rakan, telah dapat menterjemahkan beberapa silangkata. Beberapa rahsia yang sengaja diselindungkan dari pengetahuan rakyat yang malang. 



Gabungan pengalaman mereka mencorakkan Iraq, Mesir, Libya dan Indonesia akan menjadikan mereka lebih pintar dalam permainan ini. Tambahan pula super PROXY ini ada dikalangan kita tanpa kita sedari, telah berjaya mengawal pemikiran dan menjadi mentor dalam kehidupan seharian. Ia seorang yang hebat dan amat disanjung sebagai wirawan, juga sebagai aktivis tersohor. Dunia kagum dengan kebolehannya mengawal keadaan.

Akibat dari usaha ini penulis telah menghadapi pelbagai kesukaran sejak dari awal pembabitan semasa membuat penyelidikan, analisa dan beberapa siri penyiasatan khusus. THH melalui proksinya amat berhati-hati malah segera mengambil langkah keselamatan  untuk menghalang sebaik sahaja mengetahui rahsia ini akan dibongkar. Namun sepertimana fitrahnya, kebenaran tidak mungkin dapat disembunyikan selamanya.

Penulis telah mengambil keputusan untuk terus berusaha menyiarkan perancangan THH ini walaupun apa yang akan berlaku. Walaupun berada jauh di perantauan. Itu janji penulis.. Keadaan sudah menjadi semakin sukar ketika ini dan kemungkinan besar tidak terkawal bila segala perancangan mereka berjaya direalisasikan kelak.

Sebagai super proxy, manusia ini bukan calang-calang manusia. Dia boleh dianggap proksi yang paling hebat dan terbaik pernah dihasilkan di kalangan negara dunia ketiga. Sebahagian dari negara-negara dunia ketiga telahpun memasuki fasa yang menyedihkan, namun Malaysia masih belum dapat dijadikan mangsa. Usaha ke arah itu sedang berlangsung dengan cepat sekali.

Dari satu tragedi beralih ke tragedi berikutnya dalam masa yang sangat singkat seolah diatur mengikut "plan" strategik yang terancang rapi. Buah catur sedang bergerak. Semuanya berlegar di sekeliling proksi ini. Anda dan saya juga antara buah catur berkenaan. Perhatikan dengan teliti setiap desir angin, setiap alunan ombak dan setiap suatu yang berlegar disekeliling anda. Anda akan dapat rasakannya. Semua sedang di catur, kata editor Mistisfiles.








Corak Papan Catur adalah salah satu simbol mereka. Oleh itu fahamilah bahawa sememangnya merekalah pemain catur itu. Tiada menjadi halangan bagi mereka untuk memangsakan mana-mana buah catur terutamanya sang BIDAK dalam menjayakan niat mereka

Malaysia harus dikawal dan ditawan melalui proksi mereka, terutamanya orang Melayu. Proksi ada dikalangan semua bangsa di Malaysia, dalam kerajaan ataupun di luar kerajaan. Super PROXY ini amat istimewa. Mampu melepaskan diri walaupun dalam keadaan yang amat kritikal. Jarang sekali proksi lain yang mampu bergaya sepertinya.

Harus diingat, misi NED dalam mewujudkan huru-hara di beberapa buah negara di dunia adalah satu usaha yang serius. Ia adalah satu usaha untuk menjulang ‘demokrasi baru’ melalui ‘politik baru’ dalam ‘dunia baru’. Malaysia juga sedang menuju ke arah kehancuran itu kerana proksi itu mempunyai perancangan yang lebih dahsyat pada masa akan datang.

Demokrasi, politik dan dunia yang serba bebas. Tidak lagi tertakluk kepada aturan tradisi terutamanya agama. Itulah maksud ungkapan magis "Dunia Tanpa Sempadan". Bebaskan diri dari kekangan peraturan dan hukum agama. Agama menjadi penghalang nombor satu. Penjuangan atas dasar Hak Asasi Manusia diberi keutamaan. Lihatlah perancangan Illuminati yang amat jelas menuju ke arah tersebut.

“Let them themselves pull the trigger.”

Mereka tidak peduli siapa yang mati atau dikorbankan. Mereka tidak kisah siapa yang akan menghadapi kesukaran hidup atau menderita. Kekacauan akan dicipta jika usaha secara diplomatik gagal diperoleh. Matlamat mendahuluhi cara.

Semua manusia tahu, kekacauan dalam sesebuah negara tidak akan menguntungkan sesiapa. Malangnya manusia dipacu sekencang mungkin untuk mengujudkan kekacauan demi memberi kesempatan untuk mencipta ruang kepada mereka mengambil kesempatan. Pelbagai janji manis dan slogan dialunkan. Berbagai isu diketengahkan. 

Kesan dari huru hara dan kekacauan ini amatlah menyedihkan malah kesan dalam tempoh yang panjang akibat kekacauan itu pula lebih merugikan. Apabila sesebuah negara menghadapi kekacauan atau huru hara, maka pertumpahan darah pastinya akan berlaku kerana setiap pihak mahu menjaga survival masing-masing. Itu adalah peraturan survival yang didasari kepentingan diri. Dalam konteks ini, proksi itu pula lebih mementingkan survival politiknya berbanding kecelaruan dan kesengsaraan rakyat jelata..

Untuk melihat proksi ini, kita harus melihat Soros, Cohen, Albright dan Wolfensohn kerana proksi itu berada di belakang mereka semua. Nama-nama itu sentiasa membayangi setiap tindak tanduk proksi Melayu itu. Apabila ada orang yang mahu menjahanamkan proksi itu, maka "musuh proksi" itu akan segera dihimpit para ejen Zionis dan sebilangannya pula terpaksa lari ke luar negara.

Siapakah proksi terbaik itu. Teka-teki ini akan terjawab dengan sendiri apabila semua pengikut yang amat memujanya mula menangis menyesali setiap perbuatan mereka dalam menjerumuskan negara sendiri ke tangan orang yang tidak sepatutnya.

Apabila timbul huru-hara akibat kedunguan pengikut taksub itu yang gagal berfikir dengan waras setelah pelbagai keterangan dan bukti datang daripada pelbagai sudut, saya (penulis) tidak akan teragak-agak untuk kembali ke medan juang bersama orang-orang yang memahami keadaan dan memerangi pengikut-pengikut taksub itu sekiranya mereka gagal memperbetulkan kesalahan mereka memperjuangkan sesuatu yang sia-sia untuk sang proksi itu. Semoga Allah memperkenan hajat ini dan mempermudahkannya, Amin.

-CRUDGEL-
Artikel Dipetik Dari (ABATASA)

Wednesday 14 December 2011

Proksi Mason Di Alam Melayu

Berduyun turun menguasai Tanah Melayu

BERDASARKAN dokumen-dokumen politik ketika zaman era revolusi industri di Eropah, beberapa tanah dan gugusan kepulauan di Asia Tenggara telah mula dimasuki puak Mason ketika itu. Namun, dokumen-dokumen itu tidak pula menyebut Mason dalam butir yang jelas. Puak-puak Mason masuk ke wilayah ini dengan pelbagai tugasan sulit. Mereka datang dalam banyak kumpulan dan berlainan pula tugasan.

Puak dari Sepanyol dan Portugis datang dengan misi pencerobohan untuk membuka jalan bagi mendapat habuan daripada puak-puak lain, Britain dan Belanda pula datang dengan beberapa puak mereka lagi.


asas bendera Malaya/Malaysia


Puak-puak dari London membawa politik penjajahan dan agenda ekonomi komanwel, manakala puak-puak dari Syarikat Hindia Timur Inggeris datang bersama tentera-tentera bantuan untuk memperkuat tampuk politik Inggeris di Tanah Melayu dan Singapura, puak-puak Inggeris dari sekitar jajahan mereka dari sekitar Tanah Arab pula datang bersama agenda missionary.

Masing-masing puak datang bersama tugasan masing-masing.Orang putih (orang Inggeris) yang tiba di gugusan ini membuat rencana yang hebat untuk kelangsungan budaya dan tatacara pemikiran mereka yang mereka bawa kepada generasi kita yang sebelum ini.

Sejak kemasukan puak-puak Mason melalui penjajahan orang putih, pelbagai cara dilakukan bagi menyekat kemarahan orang Melayu. Ia termasuklah dengan melantik proksi-proksi dari kalangan orang Melayu sendiri untuk mengawal orang Melayu. Proksi yang dilantik itu pula bukan seperti kempeitai yang dilantik oleh Jepun di kalangan orang Melayu.

Proksi-proksi yang dilantik Inggeris itu ada yang dilantik secara rasmi dan ada pula yang dilantik secara tidak rasmi oleh Residen-residen Inggeris. Namun, kebanyakan mereka adalah dari kalangan pembesar Melayu yang berpengaruh. Nama-nama mereka pula tidak penting untuk disebutkan dalam konteks ini.

Setelah lebih 300 tahun dalam kelambu penjajahan Inggeris, pemikiran orang Melayu berada pada tahap kebergantungan yang tinggi terhadap Inggeris. Malah, ada orang Melayu pada waktu itu yang mempercayai bahawa hanya orang Inggeris sahaja yang mampu menjaga mereka.


mangsa
melayu terpinggir

Melayu pada ketika itu tidak ambil kisah dengan kehadiran imigran asing dari tanah besar China dan benua kecil India ke negeri mereka, ia kerana orang Melayu ketika itu berasa cukup selesa dalam ‘jagaan’ orang Inggeris.

Semasa zaman pendudukan Jepun, ada juga sebilangan besar orang Melayu yang sangat berharap supaya Inggeris segera kembali ke Malaya untuk menyelamatkan mereka daripada kekejaman Jepun. Dalam minda orang Melayu ketika itu hanya berkisar mengenai orang Inggeris itu lebih baik daripada orang Jepun. Juga berfikiran bahawa hanya orang Inggeris yang tahu bagaimana cara untuk menjaga mereka dengan baik. Kalau tidak percaya, tanyalah kepada datuk-nenek dan moyang anda yang masih hidup.

Jika mengikut kepada perjanjian beberapa negeri Melayu Bersekutu dengan Inggeris sebelum kemasukan Jepun, ia mensyaratkan bahawa Inggeris akan menjalankan urusan pentadbiran di negeri-negeri Melayu dan menjaganya selagi ada bulan dan matahari.

Namun, selepas kemasukan Jepun yang berjaya mengusir Inggeris, perjanjian itu secara termanya sudah terbatal dengan sendiri kerana Inggeris tidak menjaga negeri-negeri Melayu sebagaimana yang dipersetujui dalam perjanjiannya dengan raja-raja Melayu di negeri-negeri Bersekutu. Perjanjian terbatal kerana Inggeris gagal menjaga negeri-negeri Melayu daripada ancaman Jepun.

Disebabkan ada proksi-proksi yang dilantik Inggeris di kalangan orang Melayu, maka sentiment kebergantungan terhadap Inggeris berjalan rapi meskipun Jepun sedang menjajah Malaya ketika itu. Ia ibarat bernikah dengan orang lain (Jepun) tetapi hati mencintai orang lain (Inggeris), itulah yang dialami sebilangan orang Melayu semasa Jepun menduduki Malaya.

Inggeris sedar secara teknikal bahawa perjanjian itu telah terbatal dengan sendirinya sebaik sahaja mereka gagal mempertahankan Malaya daripada kemasukan Jepun. Pelbagai taktik digunakan untuk menjadikan orang Melayu kembali bergantung harap secara serius terhadap Inggeris termasuk berusaha membuat perjanjian yang baru dan mencipta ancaman-ancaman baru kepada orang Melayu.

Perjanjian yang baru itu ialah Malayan Union bagi memastikan seluruh Malaya berada di bawah kekuasaan Buckingham secara total melainkan hanya Melayu dan Islam sahaja yang berada di bawah subjek raja-raja Melayu.

Selain itu, ideologi komunis tiba-tiba mengganas di Malaya sehingga orang Melayu buntu memikirkan bagaiman acara untuk mengekang kekejaman komunis. Mahu tidak mahu, Melayu perlu bergantung harap kepada Inggeris untuk memerangi komunis.

Adakah komunis itu ditaja Inggeris bagi memastikan orang Melayu terus bergantung harap kepada Inggeris dan demi menjayakan Malayan Union? Kebarangkalian itu sangat hampir kerana communist internationale juga lahir dari idea seorang Mason. Komunis digunakan untuk mencapai cita-cita demokrasi dunia. Apabila komunisme ditolak, maka kapitalisme dan demokrasi akan dipilih. Mereka menawarkan ubat kepada Melayu. Ubat itu adalah demokrasi.

Kita sibuk menentang Malayan Union dan juga sibuk memerangi komunis, di sebalik kesibukan itu, negara haram Zionis dibina di Palestin tatkala kita sedang sibuk memerdekakan tanah air. Ketika itu jugalah, proksi-proksi baru ramai dilantik di kalangan komunis dan di kalangan orang Melayu. Malaysia juga terus sibuk menyelesaikan ancaman komunis sehingga 1989.

Proksi-proksi itu terus dilantik dan dijaga oleh Mason sehingga hari ini, dan berhubungan rapat pula dengan entiti-entiti Mason seperti National Endowment for Democracy dan sebagainya yang dipantau oleh pertubuhan-pertubuhan Masonic.

Demikian adalah rentetan ringkas bagaimana Mason merencanakan huru hara di Malaya dan sehingga Malaysia kini. Mereka mahu kita bergantung kepada mereka melalui proksi-proksi mereka. Proksi komunis masih ada di Malaysia, begitu juga dengan proksi Mason. Andai komunis sekali lagi mencetus huru hara, kita mungkin akan jatuh ke kancah kebergantungan mengharapkan bantuan seperti separuh abad yang lalu.

Kini, Masons berbangga kerana mempunyai seorang proksi terbaik di Malaysia. Proksi yang memiliki jumlah pengikut yang sangat taksub terhadapnya sehingga menolak segala kewarasan demi perjuangan yang dinamakan politik baru yang diperbaharui. Biarpun datang pelbagai petunjuk daripada Allah, petunjuk kebenaran itu tetap dinafikan oleh para pengikut taksub sang proksi ini.

New Politics, New Order, New World.

Bersambung..

- Artikel Khas dari CRUDGEL

Misteri Nama Malaysia

Sebenarnya niat asal aku di tukangkarut.com ini, ingin menyampaikan berita-berita yang menarik yang tidak bersangkut paut dengan politik. Tetapi apakan daya,untuk artikel kali ini “terpaksa aku langgar” prinsip aku sendiri.

Sebab apa?..sebab aku rasa artikel ini patut dan wajib aku tulis untuk membuka mata semua demi negara yang tercinta ini, supaya kebenaran dapat di tegakkan. Supaya semua rakyat tahu yang kita ini sebenarnya telah ditipu dan diperbodoh-bodohkan!.

Kenapa aku cakap “Supaya semua rakyat tahu yang kita ini sebenarnya telah ditipu dan diperbodoh-bodohkan!?”.

Cuba korang ingat balik,ataupun buka buku teks sejarah Malaysia sek. menengah

APA YANG TERTULIS DAN DIAJAR……

1.Tunku Abdul Rahman telah memperkenalkan nama Malaysia,selapas kemasukkan Sarawak dan Sabah.

2.Pada tahun 16 September 1963. Singapura, Tanah Melayu (dikenali sebagai Malaya), Sabah dan Sarawak bersama-sama menubuhkan Malaysia. Tarikh asal ialah 31 Ogos 1963(ditunda kerana “konfrontasi Indonesia”).

3.Tanah Melayu(semenanjung) merdeka pada 31 Ogos 1957.

4.Malaysia antara negara yang mendapat kemerdekaan tanpa berperang(melalui rundingan).

5.31 Ogos 1957 Tarikh rasmi Malaysia merdeka.

6.16 September 1963 Tarikh rasmi Malaysia.

APA YANG  TERTULIS “TETAPI” TIDAK DIAJAR….

Menurut satu kajian yang telah dijalankan oleh UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polis, nama MALAYSIA sudah ada pada tahun 1889 lagi.Menurut kajian yang dijalankan perpandukan beberapa bukti dibawah…

BUKTI PERTAMA.

DOKUMEN Malaysia:A Study in Direct and Indirect Rule.(terbitan 1937)

Artikel kajian tentang negara MALAYSIA pada tahun 1937 oleh Rupert Emerson yang membentangkan kertas kerjanya di HARVARD UNIVERSITY  Harvard University. Rupert Emerson yang merupakan PENASIHAT LUAR AMERIKA pada ketika itu serta professor of political science and international relations in Harvard University. Malangnya dokumen rahsia Amerika Syarikat mengenai penubuhan negara Malaysia ini telah dibuang di dalam website rasmi arkib Amerika Syarikat setelah artikel mengenainya diterbitkan di Universiti Teknologi MARA.Artikel itu bertajuk”Foreign Relations, 1964-1968, Indonesia; Malaysia-Singapore; Philippines.Editor: Edward C. Keefer General Editor: David S. Patterson, United States Government Printing Office, Washington, 2001.”
 
                                                       Malaysia:A Study in Direct and Indirect Rule.(terbitan 1937)
BUKTI KEDUA.

Filipina pernah bercadang untuk menukar nama negara mereka kepada Malaysia, tetapi hasrat tersebut terpaksa dibatalkan selepas penubuhan Malaysia yang merangkumi Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak diisytiharkan secara rasmi pada 16 September 1963.

BUKTI KETIGA.

Satu artikel daripada akhbar The British North Borneo Herald (BNBH) bertarikh 1 Julai 1929 tentang mengenai bunga-bungaan di Negeri Sabah yang dirujuk nama kawasan tu sebagai “Malaysia”
 
                                                                      keratan akhbar utusan malaysia Julai 2009
BUKTI KEEMPAT.
 
           Muka depan dan halaman Ripley’s tahun 1929
Buku Ripley’s edisi tahun 1929, cetakan tahun 1943, yang menulis tentang  nama “Malaysia” ms 59:…this includes Mongolia, Manchuria, MALAYSIA, Tibet, China,,,, ms 119: ..is a native of MALAYSIA…ms 121: …the man eating clams of MALAYSIA…

BUKTI KELIMA.

Sebuah buku berbahasa Itali pula telah ditulis oleh Emilio Salgari berjudul I Pirati Della Malesia dan telah diterbitkan di Itali pada tahun 1896 . Nico Lorenzutti telah menterjemah buku tersebut ke dalam Bahasa Inggeris dengan judul ‘The Pirates of Malaysia’.
 
Kulit depan Novel the pirates or Malaysia.

BUKTI KEENAM.

Penggunaan nama Malaysia juga telah direkodkan dalam akhbar The British North Borneo Herald (BNBH) bertarikh 1 Januari 1889 dalam laporan bertajuk “Geographical Notes in Malaysia and Asia” oleh J.E. Tenison-Woods, mengenai catatan perjalanannya ke semenanjung Tanah Melayu, Labuan, Brunei, Sandakan dan Sulu (Rujuk lampiran).

BUKTI KETUJUH. 

Di Chicago, Amerika Syarikat, peta yang dikeluarkan pada tahun 1914 telah merujuk kawasan kepulauan nusantara ini sebagai “Malaysia”.
 
Peta tahun 1914 .klik untuk besarkan gambar
BUKTI KELAPAN 

George Earl, seorang ahli etnologis berbangsa Inggeris telah memperkenalkan istilah Malayunesia pada tahun 1850 yang merujuk kepada kepulauan Indonesia pada hari ini.

BUKTI KESEMBILAN.
 
Jules Sébastien César Dumont d’Urville (23 Mei 1790 – 8 Mei 1842)

Maklumat terkini yang diperolehi menyatakan bahawa nama Malaysia sebenarnya telah mula-mula diperkenalkan oleh seorang pelayar berbangsa Perancis iaitu Jules Dumont d’Urville. Susulan daripada penjelajahan beliau ke kepulauan pasifik pada tahun 1826, beliau telah memperkenalkan tiga istilah iaitu ‘Malaisia’, ‘Micronesia’ dan ‘Melanesia’ yang membezakannya dengan budaya pulau-pulau di Polynesia. Pada tahun 1831, beliau telah mengemukakan ketiga-tiga istilah tersebut kepada Société de Géographie. Nama ‘Malaisia’ pada pandangan beliau merangkumi keseluruhan kawasan Kepulauan Melayu (Nusantara) yang pada hari ini meliputi kawasan selatan Thailand, Malaysia, Republik Singapura, Brunei Darussalam, Republik Indonesia dan Republik Filipina.

TEORI.
Sebenarnya nama Malaysia ini telah wujud lama. Dikatakan Malaysia adalah salah-satu dari rancangan masa panjang Freemason. Pertubuhan rahsia dajjal yang ingin menghapuskan pengaruh Islam dan mengawal sosial politik sesebuah negara. Selapas kejatuhan empayar teakhir umat Islam iaitu kerajaan Turki Uthmaniah pada 3 Mac 1924(terbukti perbuatan Freemason),Islam di asia tenggara baru sahaja mula berkembang.
 
Markas pertama freemasons di Pulau pinang 1927

Ada juga yang mengatakan Malaysia tidak berperang untuk mendapatkan kemerdekaan kerana telah dirancang oleh Freemason.Supaya rakyat tidak menganggap British sebagai musuh dan sekaligus menjadikan British sebagai ‘Role Model” dalam mentabir urusan negara.Freemason berasal dari Eropah,dan hampir kesemua kerabat diraja Britain dan ahli politik Britain adalah Freemason.

 
Dato Onn Jaafar: pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau nama yang  telah diInggeriskan menjadi United Malay National Organisation (UMNO) atas sebab British mengharamkan semua parti yang tidak di Inggeriskan.

Ucapan terakhir Dato Onn Jaafar sebagai Yang DiPertua UMNO pada 26 Ogos 1951:

“Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat sesuatu gerak langkah, sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan di Tanah Melayu ini; langkah-langkah dan perbuatan yang mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri. Saya dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat-tempat yang tidak dapat dimasuki kebanyakkan orang. Melihat gerak langkah dan cadangan-cadangan yang hendak didatangkannya ke atas Tanah Melayu ini. Malang mulut saya tertutup, malang saya berkata mulut saya ini tertutup tidak dapat menzahirkan kepada umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan-pekerjaan dan tanggungan saya itu…“
Ucapan terakhir Dato Onn Jaafar sebagai Yang DiPertua UMNO pada 26 Ogos 1951:

Realitinya, Dato’ Onn sudah dapat mengesan perancangan ‘mereka’ itu sedari awal lagi. Dato Onn Jaafar meletakkan jawatan dan digantikan oleh Tunku Abdul Rahman.

MEREKA YANG MENENTANG PENUBUHAN MALAYSIA

Said Zahari
Lim Chin Siong
Gabungan Putera
AMCJA
Presiden Pas, Dr. Burhanuddin Helmi
Presiden Indonesia Soekarno

FAKTA

Di bawah ini pula merupakan antara cadangan rekabentuk bendera-bendera yang termasuk dalam senarai akhir untuk dipilih menjadi bendera Malaya dalam tahun 1949 dahulu, sebelum dibuat sedikit pengubahsuaian dan seterusnya digunakan sehingga kini apabila Negara Persekutuan Malaysia diisytiharkan :



Akhir diingatkan bahawasanya tukangkarut.com menyiarkan artikel ini bukan untuk tujuan politik,tetapi lebih daripada menyampaikan maklumat..

Artikel Dari Tukang Karut.Com

Tuesday 13 December 2011

Makkah Ditawan Pada 1979

“Pada 20 November 1979, Abdullah Hamid Mohammed Al-Qahtani. Dibantu oleh adik iparnya Juhaiman ibn Muhammad ibn Saif al Utaibi dan 500 penyokong kuat mereka, menyerang Masjidil Haram dan mengambil ratusan jemaah haji sebagai tebusan”

SERANGAN AWAL PAGI

Hari ini dipilih kerana ianya jatuh pada hari pertama 1400 Hijrah. Ada sesetengah pihak yang percaya pada ramalan yang Imam Mahdi akan muncul pada hari itu. Selepas solat subuh, Juhaiman dan konco-konconya menyerang Masjidil Haram. Sebelum serangan dibuat beliau menyenbunyikan senjata dan bekalan makanan didalam bilik-bilik bawah tanah Masjidil Haram. Senjata untuk serangan keatas Masjidil Haram dicuri dari depot senjata Natioanal Guard negara Saudi. Untuk mencuri dan menyeludup senjata adalah perkara mudah bagi Juhaiman kerana beliau pernah bertugas didalam National Guard selama 18 tahun. National Guard adalah tentera peribadi keluarga diraja bagi mengimbangi kuasa Pasukan Pertahanan Arab Saudi.

Serangan keatas Masjidil Haram menggemparkan dunia Islam kerana pada waktu itu musim haji baru sahaja tamat. Setelah orang-orang Juhaiman berjaya mengunci semua pintu keluar masuk masjid, beliau mengambil jemaah haji yang terperangkap sebagai tebusan. Juhaiman kemudian mengambil alih sistem pembesar suara masjid dan mengumumkan Imam Mahdi akhirnya telah muncul di Mekkah. Selain daripada itu beliau mahukan export minyak ke Amerika dihentikan dan pengusiran semua penasihat ketenteraan bukan Islam dari tanah Arab.



Masjidil Haram meletup

KEPONGAN BERMULA

Pada awalnya pihak National Guard dan Tentera Arab Saudi cuba merempuh masuk perkarangan Masjidil Haram. Kereta kebal cuba merempuh pintu masuk utama tetapi gagal kerana kekukuhan pintu yang digunakan. Tentera dibawah arahan Juhaiman juga diletakkan di atas menara masjid lengkap dengan sniper. Akibatnya pihak Saudi berhenti dari cuba masuk.

Disamping itu ada masalah besar tentang penggunaan senjata api didalam perkarangan Masjidil Haram. Pihak Ulama’ Saudi pada awalnya menghalang pengguanaan senjata kerana ia bakal mencemarkan kesucian Kaabah. Tetapi atas desakan kerajaan, akhirnya Ulama’ Saudi mengeluarkan fatwa membenarkannya.



Setelah usaha awal mereka gagal kerajaan Saudi terpaksa meminta bantuan pasukan anti keganasan GIGN dari Perancis. Tiga orang anggota GIGN secara rahsia memeluk islam bagi membolehkan mereka menjejakkan kaki ke dalam tanah haram Mekah. Walaupun mereka “masuk islam” kehadiran anggota komando Peranchis ini dirahsiakan pihak Saudi bagi menutup malu kegagalan mereka menamatkan pengepungan.

3 orang ahli GIGN yang “masuk islam”

PEMBEBASAN TEBUSAN

Antara rancangan awal GIGN ialah membanjiri bilik bawah tanah Masjidil Haram yang digunakan sebagai tempat penahanan tebusan dan persembunyian pengikut Juhaiman. Selepas bilik-bilik ini dibanjiri mereka akan menjatuhkan kabel bervoltan tinggi kedalamnya! Rancangan ini ditolak kerana boleh membawa kepada kematian ramai tebusan. Akhirnya mereka mengambil kata putus untuk menebuk lubang pada lantai masjid dan menjatuhkan bom tangan terus ke bilik-bilik bawah tanah tersebut.

Kesan selepas pembebasan


Pengganas yang berjaya ditangkap

Pada 4 Desember 1979 selepas dua minggu, insiden pengepungan Masjidil Haram berjaya ditamatkan. Mengikut pihak berkuasa hanya 127 orang terbunuh dan 451 tercedera. Ini termasuk tebusan, ahli pasukan pertahanan dan pengikut Juhaiman. Namun ada yang percaya angka sebenar kematian ialah 255 orang dan 560 orang lagi tercedera. Setelah menyerah diri Juhaiman , Abdullah Hamid Mohammed Al-Qahtani dan pengikut-pengikut lelaki yang masih hidup dijatuhkan hukuman pancung sehingga mati.

Juhaiman ibn Muhammad ibn Saif al Utaibi

Siapa Juhaiman ibn Muhammad ibn Saif al Utaibi?

seorang pengikut fanatik fahaman wahhabi. Percaya yang semua ketua kerajaan islam didunia adalah korup dan proksi kepada kuasa barat terutamanya Amerika. Beliau juga percaya keluarga diraja Al Saud harus disingkirkan. Mengikut Juhaiman didalam islam tidak ada provisyen untuk kewujudan kuasa Sultan atau Raja-Raja. Dengan kata lain bagi beliau sistem kesultanan ialah merepek. Zaman nabi dulu mana ada Sultan. Nabi sendiri hanya rakyat biasa yang menjadi ketua sebuah negara.

KESAN JANGKA PANJANG

Ketika serangan dilakukan Masjidil Haram sedang dalam proses ubah suai. Kerja pengubahsuian dilakukan oleh Syarikat Pembinaan Binladin. Yep. Ianya syarikat kepunyaan bapa Osama Ben Laden! Ramai umat Islam emosi dengan apa yang berlaku di masjidil haram. Keengganan pihak Saudi memenuhi permintaan Juhaiman dan seterusnya menghalalkan pembunuhan serta penggunaan senjata di perkarangan masjid dipandang sebagai keputusan menyebelahi Amerika. Akibatnya kedutaan Amerika di Pakistan dan Libya dibakar oleh penunjuk perasaan. Demonstrasi juga diadakan di Filipina, Turki, UAE , Bangladesh dan India bagi membantah tindakan Raja Faisal. Bagi kebanyakan orang Islam tindakan keluarga Al Saud membuktikan yang mereka hanyalah boneka Amerika.

Insiden ini juga membakar semangat Osama ben Laden untuk menjadi pejuang Islam dimasa hadapan. Setahun kemudian Osama akan diusir dari Arab Saudi atas kelantangannya mengkritik keluarga Al Saud.

Diambil dari : tukangkarut.com

Monday 12 December 2011

8 Jenis Senjata Yahudi Menghancurkan Umat Islam

Mungkin ada dikalangan kita mengatakan ini semua satu kebetulan…sedangkan hakikatnya inilah perancangan teliti Yahudi Israel…tanyalah diri sendiri samada anda pernah ditewaskan atau tidak oleh senjata-senjata ini.

israelweapon
1. Song
Lagu-lagu yang menghiburkan… ada anak-anak muda Islam yang tak tahu mengucap..tetapi boleh menghafal lagu Hindustan,lagu artis barat yang panjang berjela… Ada anak-anak yang tak hafal Fatihah….tapi boleh mengingati lagu artis popular tempatan…malah ada ibu-bapa menggalakkan lagi…mak ayah mereka berkata “takperlah sekali- sekala hendak berseronok…bangga jugak kalau anak aku jadi penyanyi ke pelakon ke”…jabatan-jabatan kerajaan atau swasta sudah menjadi satu kewajiban mengadakan pertandingan karaoke saban tahun…lagi satu senjata hebat buatan Yahudi.

2. Sex
Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua… Sex dimana-mana…di kaca tv, dalam filem, dalam iklan…babak sex amat lumrah… kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan juga sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex… yang ironiknya filem melayu yang penerbitnya orang Islam pun ada adegan pakai bikini di kolam renang…filem 18SX amat laris berbanding filem U…VCD lucah mudah didapati…dan harganya amat murah…Adakah filem yang tiada adegan sex?…filem Avatar yang dikatakan filem seisi keluarga tetap juga diselitkan dengan unsur seks…malah kerana terpengaruh ada yang lebih maju yang merakamkan adegan seks diri sendiri kemudian dikongsi bersama kawan-kawan…Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah. …..

3. Smoke
Rokok menjadi kegilaan para remaja…sehingga dikatakan tak macho jika tidak merokok…tiada kaitan langsung macho dengan rokok…malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana- mana perempuan yang kononnya mahu digelar “up to date”…dulu yang merokok ini golongan pelacur saja….ataupun penari kabaret…cuba tengok cerita Pramlee.

4. Sport
Pelbagai jenis sukan ditonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan…hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga…Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali, sembahyang pun banyak yang ‘miss’….bukan yang bermain sahaja tak sembahyang.. .yang menonton pun tak sembahyang juga …… Kalau menonton dirumah…akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana masuk GOL….
Yahudi gol lagi……sampai ada ulamak kata…kerana sukan..solat boleh tangguh…Mashaallah.

5. Fun
Hiburan…dimana – mana kita dapat hiburan yang melalaikan.. .. Kalau kita lihat dalam 100 majalah..mungkin 99 adalah majalah hiburan…termasuklah majalah hiburan tempatan…yang menayangkan aksi-aksi yang mengiurkan artis perempuan…kalau ada konsert ‘sure’ bodoh…sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan banyak wang dan masa…pelbagai maksiat pasti akan diselit masuk…gerai-gerai yang didirikan itu hanya sekadar mengaburi mata…fokus utama mereka ialah konsert maksiat itu sendiri.

6.Female
Perempuan berkait rapat dengan senjata seks tadi…tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan terutama dalam iklan yang kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan perempuan… Kalau kita ke kedai bateri kereta….di hadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi…apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan?.. . kalau iklan ‘Modess’…perempuan adalah patutnya… Yahudi bersorak lagi…..

7. Fashion
Fesyen terutama perempuan yang bermacam- macam..sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat…. Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang menampakkan pusat? Yang mewarnakan rambut lagi teruklah…Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan.. ..bila warnakan rambut..mestilah tidak bertudung sebab kalau bertudung..bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu…kalau dah rambut di warnakan… sembahyang pun tak sah…malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air… Yahudi ketawa lagi….Umat islam sudah jadi macam Yahudi….

8. Food/Makanan.
Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat (fast food lah apa lagi),…dan seribu satu macam lagi…Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah dipandang hina….masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan…tapi makanan Barat menjadi kebanggaan…malah ada yang buat iklan percuma dengan meletakkan gambar makanan barat di blog-blog mereka…tokey ‘fast food’ tu senyum je pasal tak perlu bayar satu sen pun untuk iklan …bila makanan datang dari Barat..adakah kita yakin tentang halalnya? …rempah dan bahan-bahannya datang dari barat…. siapa nak pergi check…halal ke tidak? …Old Town White Coffee yang terang-terang guna ‘noodles’ yang tidak halal pun masih ada lagi orang Islam yang datang makan…bila makan benda haram, masakan iman boleh di mantap… maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam yahudi…tetapi berfikiran pun macam yahudi…Nauzubillah…..Yahudi makan Islam lagi…

*siapa kata Yahudi tiada di Malaysia…agen-agen mereka ramai.