Monday 19 December 2011

Malaysia Vs Centrel Coast Mariners

Skuad Harimau Muda sekali lagi telah berjaya melakar kejayaan yang cemerlang di Australia pagi tadi apabila berjaya menewaskan Centrel Coast Mariners dengan kemenangan 4-1. Skuad negara telah bertemu buat kali kedua dengan pasukan ini setelah pertemuan dengan Newcastle Jets  dibatalkan kerana pihak Newcastle Jets ingin menunda perlawanan pada 20hb. Jaringan pasukan Malaysia telah dihasilkan oleh Mohd Fakri, Thamil Arasu dan 2 jaringan lagi disumbangkan oleh Hazwan Bakri. Kemenangan ini sekaligus telah berjaya menebus kekalahan pada perlawanan persahabatan pertama yang lalu. Skuad negara yang telah mengharungi 3 dijangka pulang ke tanah air pada esok pagi. Tahniah buat Skuad Negara dan Ong Kim Swee......

No comments:

Post a Comment