Wednesday 23 November 2011

Harimau Muda Tewas di Tangan Syria

Skuad bawah 23 tahun telah tewas di tangan Syria 0-2 kepada  pada perlawanan kedua pusingan ketiga kumpulan C kelayakan Olimpik 2012 yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi. Sungguh menghampakan. Harapan hampir 20,000 penonton pada malam tadi berkecai.

Apakah penyebabnya? Adakah kepenatan masih belum hilang lagi atau Skuad Harimau Muda masih terbayang-bayang kejayaan menumpaskan Indonesia pada Perlawanan Akhir Bolasepak Sukan SEA 2011 tempoh hari? Hanya pemain dan Ong Kim Swee yang dapat menjawabnya.

Sekali lagi Khairul Fahmi menjadi wira apabila berjaya menyelamatkan beberapa cubaan berbahaya yang dilakukan jentera serangan Syria. Syria pada mulanya bermula agak perlahan pada babak pertama telah berjaya menguasai hampir keseluruhan permainan pada babak kedua. Jaringan Solaiman Solaiman telah menyentap semangat pemain Skuad Harimau Muda di awal babak permainan separuh masa kedua. Kesilapan Muslim pemain pertahanan negara telah menambah lagi kedukaan Skuad Harimau Muda di mana penyerang gantian Syria telah berjaya menjaringkan Gol ketika  perlawanan berbaki 5 minit untuk ditamatkan.



Apa-apa pun "We Proud Of You" Harimau Muda. Diharap Ketua Jurulatih Skuad Bawah 23 Tahun Negara Ong Kim Swee dapat menyediakan ramuan yang terbaik bagi menghadapi Pasukan Bahrain pada 27 November ini di Stadium Bukit Jalil nanti. Skuad Bahrain sebelum ini telah ditewaskan oleh Pasukan Jepun dengan jaringan 2-0 di Stadium Al-Riffa di Bahrain dan tewas kepada pasukan Syria 3-1 di gelanggang lawan.





Diharapkan Pasukan Negara mampu bangkit untuk bersaing di dalam peringakat kumpulan selepas ini.


Go Malaysia Go..........

No comments:

Post a Comment